Followers

Saturday, February 19, 2011

movie time - SINI ADA HANTU






KAWAN2!! ari uh aku g tgok cter ney secara tidak rela..kerana da xde cter kat wayang la..yang banyak nyer cter chinese..mentang-mentang la tgah chinese new year!! so, seblom tengok cter ney ade 1 adegan yang jadi aku denagn encek gemok..aku majok campai melarikan diri dari encek gemok..hahaha..siap buat treasure hunt..plak..TREASURE HUNT FIND SHARIENA SHAHLI..hahahah.. kami g tengok cter ney kat pv ..yang aku pelik ramai plak yang tgok cter ney..bg aku xdela besh sangat pon..tapi layan kan jela..aduhh!!! encek gemok aku bole tergelak-gelak bagai nak rak dalam wayang uh..aku cube amek feel nak tidow..heheheh... cer ney di bintangi oleh Baki Zainal, Alvin Wong, Fasha Sandha, Eira Syazira, Kuswadinata, Beto Kusyairy, Qhaud AF, Pete Teo, Chen Puie Heng, Chen Puie Kong, Mandy Chen, Mano Maniam, Patrick Teoh dan ramai lagi. rase - rase kowunx kenal x sume pelakon uh???cter ney mengisah kan about:

Sini Ada Hantu bermula apabila dua orang pemandu van, Ah Meng dan Bakri yang telah ditugaskan pada saat akhir menghantar mayat datuk kepada majikan mereka di sebuah kampung di mana mereka perlu sampai ke destinasi keesokan paginya. Pada mulanya mereka menolak tapi apabila ditawarkan dengan upah yang lumayan mereka bersetuju.Semasa dalam perjalanan, radio van tidak berfungsi bagi menghilangkan kebosanan dan rasa mengantuk, mereka berdua bercerita tentang kisah seram yang pernah mereka dengar. Bakri memulakan kisahnya ‘Hantu Pokok Pisang’… kisah wanita cantik yang menjelma dari pokok pisang.

Ah Meng mentertawakan Bakri dan mengatakan hantu melayu tak logik, Ah Meng mula menceritakan kehebatan hantu Cina pula iaitu ‘Hantu Nombor Ekor’ di mana kisah empat lelaki yang mengalami masalah kewangan lalu memuja roh untuk memberikan pertolongan dengan memberi nombor ekor.Apabila Ah Meng habis bercerita, Bakri memberitahu Ah Meng cerita hantu cina lagi tak logik. Bakri memberitahu Ah Meng yang dia mempunyai cerita lain, tapi kali ini cerita ini mengisahkan hantu dari luar negera. Ah Meng mula bercerita tentang seorang pelajar, Yakob yang dipindahkan ke sekolah baru kerana masalah disiplin.

Yakob kemudian mendapati mereka semua takut pergi ke tandas di waktu malam kerana dipercayai tempat tersebut pernah dijadikan pangkalan tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Jelmaan hantu Jepun sering berkeliaran pada waktu malam.Ketika Ah Meng ingin menceritakan kisah hantu yang lain, van mereka yang melalui ladang kelapa sawit yang gelap-gelita itu tiba-tiba rosak. Ah Meng terpaksa mencari bantuan, sementara Bakri menunggu keranda tersebut. Apabila Ah Meng kembali ke van tanpa bantuan yang sepatutnya, sesuatu telah berlaku...
 so ape yang jadi dekat ah meng dengan bakri???

1 comment:

fevereto

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...